Panduan Menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 (Pegawai SPA M41)


Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Tahniah kepada calon calon yang layak bagi menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang akan berlangsung pada  1 November 2014 pada hari Sabtu awal bulan hadapan. Sebenarnya sebelum anda semua berhajat menjadi seorang PTD  ada tiga ujian yang perlu anda hadapi  Pertama ialah Ujian Bertulis. Kedua, PTD Assessment Centre (PAC) dan akhir sekali barulah Temu Duga. Calon semua boleh membaca penerangan di bawah yang dikepilkan sekali pengalaman bekas calon PTD yang sekarang ini telah menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.



 1 November 2014 

_____________________________________________________________________________________________


Seksyen A, ialah Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling. Ramai di kalangan calon yang telah ditemuduga berkata bahawa ini adalah bahagian yang paling tidak digemari dan kurang popular bagi mereka. 

Ini kerana calon calon perlulah  membaca sejarah Malaysia, terutamanya kena arif 
mengenai  perjanjian perjanjian yang telah dibuat pada masa dahulu. Part A ini bukanlah ke arah isu semasa tetapi lebih kepada tentang isu isu yang hangat yang lepas.



Kalau Part A ini, memang skopnya terlalu luas. Memang calon calon Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 akan garu kepala disebabkan terlalu banyak untuk dibaca dan dihabiskan.

Menurut calon ini, yang mana telah pun menjadi PTD iaitu Umar Nurfitri beliau lebih menumpukan membaca buku Malaysia Kita.


Ini kerana di dalamnya, terkandung banyak perkara megenai sejarah Malaysia


Tetapi ada beberapa soalan sahaja yang masuk. Yang lain, lebih mengenai pengetahuan am yang lain. Di sini, beliau menegaskan untuk membaca mengenai isu global dan dunia. Ramai di kalangan calon terlepas pandang mengenai hal ini.


_____________________________________________________________________________________________


Seksyen B, Daya Menyelesaikan Masalah, Ini adalah bahagian yang paling rumit kerana mempunyai soalan Matematik dan IQ. Soalan tidaklah susah seperti yang disangkakan tetapi calon mesti mengambil masa untuk berfikir seelok eloknya dan mesti juga menjawab soalan dalam masa yang singkat. Soalan bahagian , calon calon mesti mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk menyelesaikan 40 soalan.

Respons dari Umar Nurfitri untuk Soalan Seksyen B,


Memang tak sempat! Itu yang aku alami. Aku hanya dapat jawab separuh aja, yang lain aku tembak. Petuanya, jangan jawab satu soalan terlalu lama. Dah dapat jawapan terus tanda. Jangan harap korang akan ada masa untuk check balik soalan yang korang dah buat.

_____________________________________________________________________________________________


Seksyen C, Esei Bahasa Melayu. 

Sekiranya calon calon mahir dalam membaca dan menulis esei dalam Bahasa Melayu ini adalah bahagian yang paling ditunggu tunggukan. Soalan lebih ke arah seperti soalan semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang penting calon perlu lah fahami kehendak soalan. 


Respons dari Umar Nurfitri untuk Soalan Seksyen C,


Sapa tahu baca dan menulis dalam Bahasa Melayu, confirm korang akan  skor part ini. Ala, soalan ala2 masa SPM aja. Tapi ingat, fahami kehendak soalan. Dan bila menulis jawapan, korang lebih baik letak contoh dan fakta. Baru gempak! Kalau setakat letak point, tapi tak ada fakta yang menyokong point korang, tak ada bezalah dengan orang lain.Senang gila! So,jangan susah hati kalau part ini.

_____________________________________________________________________________________________


Seksyen D, Esei Bahasa Inggeris

Bahagian ini lebih kurang seperti Seksyen D iaitu Esei Bahasa Melayu. Di sini kebanyakan calon boleh mengolah fakta dan isi dalam Bahasa Inggeris dengan baik tetapi yang dititikberatkan oleh bahagian penilaian PTD nanti ialah penggunaan tatabahasa ataupun 'Grammar' yang sangat penting dalam Bahasa Inggeris.


_____________________________________________________________________________________________


Kesimpulan

Begitulah serba sedikit perkongsian yang sempat dibuat oleh kami dan juga hasil pertanyaan secara langsung oleh bekas calon Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Untuk panduan penuh boleh terus ke Laman sesawang SuruhanJaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau KLIK SINI.


Kepada calon calon yang tercari cari Panduan yang lebih tepat dan mantap untuk menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir DAN Diplomatik ini boleh kiranya terus ke pautan di bawah.


PAKEJ RUJUKAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

KLIK EBOOK DI BAWAH



Mungkin dengan perkongsian yang sedikit ini membolehkan calon calon mendapat sedikit gambaran bagaimana ingin menjawab nanti. Pada yang sama janganlah terkejut terdapat ramai calon calon akan menduduki peperiksaan dan anda akan menduduki peperiksaan seperti berada di Dewan Peperiksaan Sekolah dahulu. Semoga anda semua berjaya dalam Ujian Bertulis ini dan buat yang terbaik semasa temuduga nanti. 





Pembelian Panduan PTD
Tips Lengkap dan Cara Menjawab 





No comments:

Post a Comment