SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA
Sememangnya, menghadiri temu
duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga
namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang
terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan persediaan misalnya mengkaji
soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang
bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Bermacam aspek penemuduga akan bertanya, adakala penemuduga hanya
ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun
jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Bagi Admin pengalaman peribadi sendiri
banyak mengajar, petuanya ialah apa
sahaja solan yang diajukan anda jangan
tak jawab soalan. Apa yang anda perlu bercakap dengan jelas, yakin pada diri
sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang
anda nak pilih, syarikat yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai
kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa
soalan yang popular yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan
kepada beberapa bahagian:
SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan:Namakan syarikat, jawatan, tarikh masuk dan tarikh
berhenti, dan berapa gaji anda semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum
ini?
Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan
soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah
juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara
tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang
anda hantar kepada mereka. Salah satu cara yang paling mudah adalah sediakan
satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari
temuduga.
Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?
Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya
secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan
dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah
anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak
menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak
muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar
belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.
Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana
anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini
"Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan menyertakan
contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar
yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah
tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah
tersebut.
Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda
telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda
menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti
berikut:
i)Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya
dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada
jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh
menyelesaikan masalah kita.
ii)Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada
setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan
tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
iii)saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan
daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada yang diarahkan siap.
Soalan: Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja
ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak
suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan
yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin
penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru
atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih
nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda
perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin
sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:
i) Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan
rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang
memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan
bekerja di tempat kerja lama saya.
ii)Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah
kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan.
Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
iii) Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja
lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi
memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
iv)Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya,
akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja
lama saya.
Soalan :Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang
anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan: Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian.
Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu
mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang
telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi
suka walaupun kami tidak berkawan.
Soalan :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama
anda?
Penerangan: Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika
anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana
anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:
i) Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang
cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin
merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas
disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya
ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar
mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.
No comments:
Post a Comment