TIPS MENULIS SURAT PERMOHONAN & RESUME
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira apabila
menulis surat resume iaitu:
• Jangan
sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
• Jangan
bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
• Jangan
ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melaikan secara ringkas.
• Jangan
berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
• Jangan
menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh
lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang
proaktif bukanya pasif)
• Jangan
memberikan maklumat palsu.
• Jangan
hantar surat atau resume salinan.
CONTOH SURAT PERMOHONAN
Nama Anda
Alamat surat menyurat
......................................................................................................
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Kumpulan Kembara Sdn Bhd
Lot 9, Jalan Platinum, Seksyen 7,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
18/Febuari/20..
Tuan/Puan
PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang
berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.
Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi
syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya
untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi
cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.
Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati
untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya
di talian .......................... atau.......................... untuk
tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih
Yang Benar,
............................................
Nama Anda
Email: namaanda@yahoo.com
CONTOH SURAT PERMOHONAN BAGI GRADUAN.
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:
Tuan/Puan,
Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan
kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di
UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon
jawatan ini.
Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu
yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja
dalam pasukan.
Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di
syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya
disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan
menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan
ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa
permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya.
Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti
sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara
satu sama lain jika diperlukan.
Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu
syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi
bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan
amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat
bersesuaian dengan jawatan ini.
Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik
tuan amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar
..................................
Nama anda.
CONTOH RESUME
NAMA ANDA
ALAMAT SURAT MENYURAT
TEL RUMAH DAN HP:
NO KP:
FOKUS KERJAYA
Kerjaya dalam bidang Kewartanan Penyiaran
KEKUATAN
Mempunyai inisiatif, ingin tahu, kreatif dan analitikal.
Bersemangat, menawan dan menyakinkan.
Mahir berkomunikasi
Fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Profesional
PENDIDIKAN
UITM
BA (...............) DISEMBER 20...
CGPA:
KERJA KURSUS
Kewartanan/Sains Politik/Penulisan Kreatif
PENGALAMAN
Nyatakan pengalaman ada bekerja sebelum menghadiri temuduga
RUJUKAN
(Kepilkan segala sijil anda dan yang berkenaan)
CONTOH RESUME 2
Nama anda
Alamat
Tel Rumah & Hp
No Kp
OBJEKTIF
Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang
bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek
dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada
kejuruteraan alam sekitar.
PENDIDIKAN
Memperoleh
......................................................................................
KERJA KURSUS YANG BERKAITAN
Mekanik Tanah.....................................................................................
KEJAYAAN
Ahli Pertubuhan Pelajar asing
Pelajar Terbaik Anugerah............................
KEKUATAN
Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi
dsb............
LOKASI
Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan
sementara.
TARIKH BERMULA
Dengan Serta Merta
GAJI
RM...........................(Boleh di runding)
RUJUKAN
Kepilkan yang berkenaan
No comments:
Post a Comment