Admin akan senaraikan beberapa tips temuduga kerja yang boleh anda praktikkan baik
semasa temuduga kerja kerajaan mahupun kerja swasta.
[1] Sediakan senarai
dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga kerja anda. Tujuannya adalah
untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi
temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.
[2] Cara berpakaian untuk
lelaki :
§
Pastikan anda memakai tali leher
§
Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
§
Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut
nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
§
Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
§
Elakkan baju berwarna gelap.
§
Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
§
Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan
kelihatan kemas.
[3] Cara berpakaian untuk
perempuan :
§
Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat.
Anda juga boleh memakai baju kurung.
§
Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai
warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
§
Pakai kasut yang bertutup.
§
Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
§
Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas
dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.
[4] Rambut
Bagi lelaki pastikan
rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung,
pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung,
pastikan rambut anda disikat kemas.
[5] Pastikan kuku anda
dipotong pendek dan bersih.
[6] Datang awal ke tempat
temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
[7] Bila nama anda dipanggil,
masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah,
tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau
Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda
dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.
[8] Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan
perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:
§
Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
§
Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang
ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda
masih malu-malu dengan panel.
§
Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel
temuduga.
§
Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu
sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
§
Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret
sehingga keluar topik.
§
Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu.
Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan
tahu anda menipu mereka.
[9] Setelah selesai soal
jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan
bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada
mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.
[10] Setelah semuanya
selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri
sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.

No comments:
Post a Comment