Jadual Temuduga Jawatan Kerajaan (Pegawai Imigresen Gred KP17)


Pegawai Imigresen Gred KP17 Baru (Jabatan Imigresen Malaysia)

[Tarikh Peperiksaan/Temu Duga: 07 Mac 2014 & 17 Mac 2014 - 30 Mac 2014]





1.Sila rujuk maklumat mengenai Panduan Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera seperti di LAMPIRAN.
2.Hanya calon yang LULUS Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera sahaja perlu hadir dalam sesi Temu Duga yang akan dijalankan pada hari yang sama.
3.Calon dikehendaki berpakaian sukan semasa menghadiri ujian dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
4.Bagi urusan pengambilan ini, kemudahan penginapan tidak disediakan. Calon yang tidak hadir TIDAK AKAN disenarai hitam oleh SPA.
5.Senarai semak dokumen yang perlu dibawa oleh calon semasa menghadiri temu duga (ASAL dan SALINAN FOTOSTAT) adalah seperti berikut:
a.Resume bergambar yang ringkas dan padat;
b.Kad Pengenalan;
c.Sijil Kelahiran;
d.Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa; ( jika berkenaan)
e.Sijil Kelulusan Persekolahan : SPM/SPM(V) dan STPM/STAM atau setaraf;
f.Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan)
g.Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
h.Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
i.Sijil-sijil atau kelulusan yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas;
j.Sijil kegiatan luar; (Asal sahaja)
k.Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya / Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia / Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
l.Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan, surat pelepasan ketua jabatan (bagi Perkhidmatan Polis/ Tentera) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam.
6.Keputusan temu duga boleh diketahui mulai pada 30/04/2014 dengan melayari Laman Web SPA atau menghubungi TeleSPA No. 600-83-7979 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim.
NEO SU BING
Bahagian Pengambilan
b.p. Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Tel :603  8885 6243
Faks : 603 8888 5043

Tahniah bagi yang berjaya.

No comments:

Post a Comment